Khamis, 24 April 2014

!!!! Confident People !!!! 15 Perkara yang mereka Tidak Lakukan

Isnin, 13 Januari 2014

5 Cara Hebahkan Blog Post Anda (Publicize Your Blog Post)

Hebahan (publicize) blog post adalah salah satu teknik yang penting untuk mendapatkan lebih banyak visitor/trafic. Untuk post kali ini, saya ingin kongsikan 5 cara meningkatkan jumlah visitor ke blog/web anda.
  1. Umumkan blog post anda di social media seperti Facebook, Google+, Twitter dan lain-lain.
  2. Gunakan kenalan rapat anda (dalam 5 - 10 orang) supaya mereka dapat menghebahkan blog post anda. Hebahan boleh dilaksanakan dengan kaedah sharing. Cara ini sedikit sebanyak dapat menambahkan peluang untuk orang yang tidak dikenali mengunjungi blog anda.
  3. Cari pengguna internet yang baru saja membincangkan topik yang sama dengan blog post anda. Berikan comment anda linkkan ke blog post anda. Cara ini amat berkesan kerana pengguna itu juga berminat dengan topik anda. 
    1. Salah satu kaedah untuk mencari topik anda adalah dengan menggunakan twitter. Pergi ke halaman twitter.com/search, dan taup topik anda.
  4. Ambil bahagian secara aktif di forum dan blogger yang membincangkan topik yang sama dengan anda.
    1. Sertakan signature yang baik dan terdapat link ke blog anda
  5. Optimimaskan blog anda di Search Engine
    1. Beginners Guide to SEO (Moz)
    2. Guide to SEO (SearchEngineLand)
    3. Out of the box SEO (Brian Dean)
    4. Want to be an authority? (Bing)
Sila beri pendapat anda di comment space di bawah


Sabtu, 11 Januari 2014

Fahami Bisnes Model - Cara Michael Hyatt

Terdapat banyak bisnes model yang boleh di guna pakai untuk perniagaan online. Di sini kami ingin kongsikan cara yang telah dipraktikkan oleh penulis buku terkenal Michael Hyatt

Beliau menekankan bahawa model terbaik dalam perniagaan internet terbahagi kepada 3 komponen.

  • A Home Base (Tapak Perniagaan)
  • Embassies (Kedutaan)
  • Outposts (Pusat Kawalan)

A Home Base

Ia adalah online platform web yang mana anda patut bertapak dan mempunyai hak dan kawalan penuh ke atasnya. Di sinilah tempat di mana pengikut/pelanggan anda berkumpul. Contoh mudah adalah blog, website, atau pun self-hosted community blog. Semua internet traffic ditujukan kepada tempat ini. Di sini lah tempat terbaik untuk anda menjual produk atau servis anda.

Embassies

Ia juga adalah online platform web yang mana bukan hak dan dalam kawalan anda. Contoh terdekat adalah Facebook, Twitter, LinkedIn. Di sini tempat anda berbual dengan pelanggan yang lebih senang berada di sini.

Outposts

Ia adalah tempat di mana kita mendengar/memerhati dan menganalisis perbualan mengenai anda, jenama anda, syarikat anda, produk anda atau apa-apa topik yang menarik. Ia seolah-olah seperti berita tv, surat-khabar ataupun majalah yang mana kita dengar dan baca untuk mendapatkan informasi. Contoh terdekat adalah Google Alerts.